Monday 22 November 2010

Keberkesanan Iqra' Sebagai Kaedah Pembelajaran Membaca Al-Quran







a research paper on IQRA' ;







===




Keberkesanan Iqra’ Sebagai Kaedah Pembelajaran Membaca Al-Quran


oleh


Mohd Alwi Yusoff
Dr Adel M Abdulaziz
Ahmad Kamel Mohamed


Kolej Universiti Islam Malaysia



ABSTRAK


Kaedah Iqra’ adalah suatu kaedah pengajaran membaca al-Quran yang disusun
sebagai usaha mengadaptasi kaedah lama (Baghdadi) agar dapat tercapai tujuan
belajar membaca al-Quran dalam waktu singkat dan cepat. Kajian ini bertujuan untuk
melihat keberkesanan kaedah Iqra’ sebagai kaedah pembelajaran membaca al-Quran
di sekolah-sekolah di Malaysia. Kajian ini dilakukan di 27 buah sekolah di beberapa
buah negeri di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan 6 buah sekolah agama
swasta. Walaupun kaedah ini telah berjalan selama lebih 10 tahun di Malaysia dan
sebahagian negara Asia Tenggara akan tetapi sehingga sekarang belum ada lagi
kajian tentang keberkesanan kaedah ini terutama pelaksanaannya di sekolah-sekolah
kebangsaan di Malaysia. Sepanjang pengamatan melalui kajian lapangan yang
dilakukan di sekolah-sekolah yang dilawati juga melalui temuramah-temuramah dan
soal selidik yang diadakan dengan pihak-pihak yang terbabit seperti penyelia, guru,
pakar dan murid, telah menghasilkan beberapa keputusan. Hasil dari kajian yang
dilakukan, kaedah Iqra’ pada umumnya memberi kesan baik terhadap pencapaian
pembelajaran al-Quran di sekolah-sekolah kebangsaan di Malaysia sebagai satu
kaedah alternatif. Cuma ada beberapa kelemahan dari sudut pelaksanaannya yang
mana kalau dapat diatasi, maka ia boleh meningkatkan lagi keberkesanannya.


PENDAHULUAN
Sejak Islam masuk ke Tanah Melayu, masyarakat Melayu mula menambah ilmu pengetahuan dengan mendalami dan memahami ilmu-ilmu Islam secara beramai-ramai atau bersendirian untuk menunaikan kewajipan agama Islam yang suci.

Memandangkan al-Quran al-Karim merupakan Kalam Allah Taala yang terbina di atas
kebenaran dan sebagai sumber utama Syariah Islam, maka antara perkara utama yang difokuskan secara bersungguh-sungguh ialah belajar dan mengajar al-Quran. Ia seiring dengan sabda Rasulullah s.a.w :


) لﺎﻗ ﻪﻨﻋ ﷲا ﻲﺿر يرﺪﺨﻟا ﺪﻴﻌﺳ ﻲﺑأ ﻦﻋ : ﻢﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ ﷲا لﻮﺳر لﺎﻗ " لﻮﻘﻳ
ﻰﻟﺎﻌﺗو كرﺎﺒﺗ بﺮﻟا : ، ﻦﻴﻠﺋﺎﺴﻟا ﻲﻄﻋأ ﺎﻣ ﻞﻀﻓأ ﻪﺘﻴﻄﻋأ ﻲﺘﻟﺄﺴﻣ ﻦﻋ نﺁﺮﻘﻟا ﻪﻠﻐﺷ ﻦﻣ
ﻪﻘﻠﺧ ﻰﻠﻋ ﷲا ﻞﻀﻔآ مﻼﻜﻟا ﺮﺋﺎﺳ ﻰﻠﻋ ﻰﻟﺎﻌﺗ ﷲا مﻼآ ﻞﻀﻓو ( "
Yang bermaksud:

Daripada Abu Said al-Khudri ra dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, Allah Taala
berkata, “sesiapa yang disibukkan dirinya dengan al-Quran dari meminta-minta
kepadaku, maka Aku akan berikan kepadanya sebaik-baik perkara yang aku berikan
kepada orang yang meminta kepadaKu, kelebihan Kalam Allah Taala di atas segala
kalam (percakapan) sama seperti kelebihan zat Allah di atas segala makhluknya”.
(Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan al-Darimi)


Dan sabda Rasulullah s.a.w :
) ﻪﻤﻠﻋو نﺁﺮﻘﻟا ﻢﻠﻌﺗ ﻦﻣ ﻢآﺮﻴﺧ (
Maksudnya:
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”.
(diriwayatkan oleh Bukhari)


Ulama telah menggunakan pelbagai cara dalam mengajar al-Quran. Sebahagian besarnya terdiri
daripada ulama-ulama Melayu yang belajar di Timur Tengah seperti Mesir dan Arab Saudi dan juga melalui ulama-ulama dan pedagang-pedagang arab yang berhijrah ke Tanah Melayu.
Perlu dinyatakan di sini bahawa peranan ulama-ulama Melayu tidak terhenti pada tahap
mengikut dan melaksanakan cara-cara yang dibawa dari luar itu tadi, bahkan peranan mereka lebih dari itu iaitu dengan mencipta dan mengembangkan kaedah yang baru. Pondok-pondok pengajian yang menjadi tempat pengeluar ulama dan pendakwah memberi saham yang besar dalam perkara ini.


Antara kaedah yang termasyhur di Malaysia sebagai cara pengajaran tilawah al-Quran semenjak
dahulu lagi ialah kaedah Baghdadi (cara mengeja). Asas utama kaedah ini amat bergantung kepada
peranan guru dalam mengajar. Melalui kaedah ini para pelajar akan melalui 3 peringkat dalam
mempelajari al-Qurannya :
1) Peringkat mengenal huruf.
2) Peringkat mengenal baris.
3) Peringkat mengenal bunyi yakni membunyikan baris.


Di zaman mutakhir ini berbagai kaedah yang muncul dalam pengajaran al-Quran yang banyak
menitip beratkan kecepatan dan kemahiran. Masing-masing bersaing dalam menarik minat masyarakat
untuk mempelajari al-Quran yang kesemuanya menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk
membolehkan umat Islam mampu membaca al-Quran dengan betul. Antara kaedah yang termasyhur dan tersebar luas terutamanya di sebelah rantau Asia Tenggara ialah kaedah IQRA’. Sejak kaedah ini yang di perkenalkan oleh al-Marhum As’ad Humam pada tahun 1988 di Indonesia, ianya telah mendapat sambutan hangat di tengah-tengah suasana ilmu di kepulauan Melayu dan tersebar di negara-negara yang berdekatan termasuklah negara Malaysia pada tahun 1992 dan dikembangkan selepas tempoh percubaan pertama selama lebih kurang 6 bulan di beberapa buah sekolah di Malaysia.


Di Malaysia, tanggung jawab dalam pengajaran al-Quran tidak hanya dilepaskan kepada
masyarakat begitu sahaja bahkan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan memainkan peranan yang penting dan memberi sumbangan yang besar dalam hal ini. Kementerian Pendidikan telah menetapkan pengajaran tilawah al-Quran tahun satu sekolah-sekolah kebangsaan pada sesi persekolahan 1995 dengan menggunakan kaedah Iqra’. Murid tahun satu dikehendaki memiliki buku kaedah Iqra’ dan mengikuti kelas kemahiran al-Quran sepanjang enam bulan pertama persekolahan.


Kaedah Iqra’ dikenal pasti sebagai antara kaedah yang dapat membantu mempercepatkan
kanak-kanak menguasai kemahiran membaca al-Quran dengan baik. Unit Pendidikan Islam dan Moral di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Majlis Kegiatan Dakwah Islamiayah Sekolah-sekolah Persekutuan (MAKDIS) telah berusaha menerbitkan modul pengajaran Iqra’. Modul ini adalah satu contoh panduan untuk kegunaan guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran al-Quran dalam kelas. Ianya diatur begitu rupa dengan mengambil kira keupayaan dan kemampuan murid menguasai asas kemahiran seperti mengenal, menyebut, mengeja, membaca dan menulis dan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat murid sepanjang tempoh enam bulan pertama bagi sesi persekolahan setiap tahun.


Modul ini berpandukan kepada sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran tilawah al-
Quran, disamping menggariskan panduan kepada guru langkah-langkah pengajaran dengan
menitikberatkan kemahiran-kemahiran yang harus dicapai oleh murid. Modul mengandungi isi
pelajaran, objektif, set induksi, aktiviti, media dan langkah-langkah pengajaran mengikut agihan waktu pengajaran sepanjang enam bulan serta kerja-kerja susulan dan latihan-latihan bagi menguji keberkesanan pembelajaran yang dikuasai murid.

Kaedah Iqra’ melalui tempoh percubaan yang lama, bertujuan untuk mengajar membaca al-
Quran al-Karim dalam tempoh singkat yang dikatakan tidak lebih dari 6 bulan. Dari segi teorinya kita melihat ia memang tempoh yang singkat berbanding tempoh yang dilalui oleh para pelajar melalui kaedah lain seperti Baghdadi untuk mengenal al-Quran. Persoalan yang timbul di sini adakah para pelajar benar-benar mampu membaca al-Quran dalam tempoh yang ditentukan itu dan adakah kaedah ini berjaya mencapai objektifnya ?



Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah Iqra’ sebagai kaedah pembelajaran
membaca al-Quran di sekolah-sekolah di Malaysia. Kajian dilakukan di 27 buah sekolah di beberapa buah negeri di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan 6 buah sekolah agama swasta. Walaupun kaedah ini telah berjalan selama lebih 10 tahun di Malaysia dan sebahagian negara Asia Tenggara akan tetapi sehingga sekarang belum ada lagi kajian tentang keberkesanan kaedah ini terutama pelaksanaannya di sekolah-sekolah kebangsaan di Malaysia. Sepanjang pengamatan melalui kajian lapangan yang dilakukan di sekolah-sekolah yang dilawati, melalui temuramah-temuramah dan juga soal selidik yang diadakan dengan pihak-pihak yang terbabit seperti penyelia, guru, pakar dan murid, telah menghasilkan beberapa keputusan.


PENGENALAN RINGKAS KAEDAH IQRA’




MORE

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails